Followers

Saturday, October 15, 2011

This one friend.

I have this one friend that I would say one of the best friend I ever had ;) Aku dah kenal dia for forever kot, since aku form 1 mcm tu la so we had known each other for quite some time lah tapi tak pernah bercakap pun. HAHA. He is not really a friend of me, he is actually a friend of my uncle, Pak Su. He is a Kelantanese, orang kampung aku jugak lah. Dia dah tua, haha not that tua sgt pun, he is 22 years old so I considered that as tua jugak lah :P He looks a lot like our national goalkeeper, Khairul Fahmi Che Mat, sumpah sama gila but frankly saying,this guy that I am talking about lagi handsome. So, pakcik, jangan nak tersipu-sipu malu sangat di situ. HAHA. ;)  He is a chinese-looking guy, tinggi, putih, and I swear any girl would fall for him ;) Eleh suka lettewwww :P Hehe ni bukan nak ambil hati but he is one handsome guy ;) Ramai yang cakap we look alike, tang mana pun tak tahu. Maybe because we both chinese-looking kot. And ada yang cakap we two macam adik beradik =,= Dia sangat manis and baik. Kalau ada masalah, go get him, for he certainly know how to ease yr misery. He is shooo shooo shooo fun to be with ,sangat sempoi and sangat kelakar kau tauuu. Aku sekarang dah ada sixpack sebab selalu menekan otot perut untuk gelak kuat-kuat disebabkan oleh jejaka ini.  Dia sangat omey and sangat charming, that is why I called him 'Si Gula-Gula Kapas' because he is as sweet as the cotton candy. teheee. 

So, Muhammad Noor Aznizam Bin Noor Aidi @ Si Gula-gula Kapas who I am certain that you would be reading this :P,

Thanks fr the time you spend with me, cheering me up and for giving me this butterflies feeling ;).
Thanks sebab you are so fun to be with, sangat sempoi and sangat-sangat sangat kelakar,
Thanks , thanks and thanks for everything :D

Hehe dia bukan someone special for me, I mean special macam yang kau orang fikir dalam kepala tu. He is just a special friend of me ;) I am posting this entry sebabbbbb , tak ada sebab, HAHA

This photo was taken masa raya hari tu right infront rumah nenek. Spot him cepat. Agak2 dia yang mana satu ? ;)

Wednesday, October 12, 2011

Wahai Perempuan

Manusia sekarang ni dah hilang akal. Bapa bunuh anak, anak bunuh emak, adik beradik bunuh sesama sendiri, campak baby dari tingkat atas , campak baby dalam perigi and yang paling bangang pernah aku dengar, bapa liwat anak , ehh bukan anak, BABY, yang baru berusia 23 hari. INSANE !   Gila apa.  Bagi aku manusia-manusia jenis macam ni dah tak layak dipanggil manusia. And tak layak dipanggil haiwan pun. Sebab yang aku tahu lah kan, binatang pun sayangkan darah daging sendiri. So, tak tahu manusia-manusia ni nak dikategorikan dalam golongan apa. Tapi sekarang aku nak cakap pasal perempuan.
Perempuan-perempuan kat luar sana, jangan jadi BODOH please. Awak tu perempuan. Jagalah your so-called mahkota diri yang paling berharga tu. Jangan simply bagi kat si lelaki yang baru pegang title 'boyfriend', Selagi belum ada ikatan yang sah, he is no one to you. and You are no one to him. What makes you think lepas kau dah bagi dia 'rasa', dia akan setia dengan kau and terima kau as his wife?? Mungkin ada tapi alahai mak enon, berapa kerat je wei ? Yang lain, blah macam tu. Lepas tu menangis lah kau sampai kering air mata, baru time tu nak menyesal, nak ingat Allah, nak bertaubat. Lelaki hidung belang memang tak akan menolak kalau kau pun memberi. Tapi kalau kau tak bagi, tak akan menjadi punya. Hak Alah.
Haih yang buang baby merata-rata lagi satu kes. Sedih tiap kali baca paper ada kes buang baby. Kena campak dari tingkat atas, kena buang dalam perigi, buang dalam sungai, dalam beg plastik, ada tu sampai kena baham dengan binatang. Ya Allah hai. Mana pergi sense of humanity kauuu?? Boleh bayangkan tak betapa azabnya derita baby tu ? Aku boleh terima kalau baby tu diletak kat dalam masjid ke, depan rumah orang ke, cara tu terhormat lah sikit walaupun still kau salah jugak tapi letak tepi longkang, buang dlm tong sampah, campak dlm sungai. GILA ke apa? Pandai buat pandai tanggungjawab lah kau. Kalau taknak baby tu meh sini bagi aku. Tak pun bagi kat spouse yang dah kahwin bertahun tapi tak ada anak. Anak yang kau dapat tu amanah Allah untuk kau jaga bukan untuk kau selamba buang merata-rata sebab takut dengan azab di dunia,takut kena cekup sebab dah buat maksiat. Azab kat neraka kau tak fikir pulak? Nauzubillahiminzalik.
Kes perempuan ikut mat mat lombok, awang hitam, nepal lah bla bla bla lagi satu hal. Pelik. Handsome lagi jejaka-jejaka kat Malaysia ni. Ponek dah den baca dlm paper hari-hari. Dah muak, dah nak muntah gua baca. MESTI ada kes mcm tu everytime selak paper. Dah bertahun dekat Lombok, dah rasa susah hidup kat sana, dah rasa merempat baru ingat nak balik Malaysia, baru ingat betapa senangnya duk kat sini, baru ingat suruh mak bapak kau bawak kau balik. Ingat mak bapak kau tk ada kerja lain? Kalau aku yang jadi mak bapak, aku biarkan je. Biar kau tahu rasa. Masa kau lari dulu tak ada pulak ingat mak bapak, tk ada pulak fikir consequences yang kau kena bear in future. Hari-hari lah mak bapak kau menangis ingatkan kau, rindu kan kau, kau bukan main seghonok berpoya-poya dekat sana. Now that dah rasa susah baru nak menyesal. Tolong lah. Haih itu lah org perempuan. Pantang kena ayat sikit, pantang kena puji sikit mula lah kau menggeletis. Haih haih haihhhhh

Disebutkan dalam hadis sahih
bahawa Rasulullah bersabda untuk para wanita:
"Sesungguhnya aku melihat kalian sebagai penghuni neraka terbanyak." (Hr. Bukhari dan Muslim). Dalam hadis lain Rasulullah saw. bersabda:
"Sesungguhnya penghuni surga yang paling sedikit jumlahnya adalah kaum wanita." (Hr. Bukhari dan Muslim).

So, girls, peringatan ini untuk kita semua, including me myself. Jangan lah jadi perempuan yang mudah termakan dengan godaan syaitan. Syaitan is everywhere around you. Tu kat sebelah tengah tengok kau pun ada tu ha. Syaitan memang akan sentiasa cari jalan untuk sesatkan kita , untuk tambah kan kita dalam name list yang menunggu untuk masuk ke neraka. Tapi aku percaya, kalau kita ni kuatkan iman, bekalkan diri dengan iman dan pegangan agama yang secukupnya, InsyaAllah kita tak akan berada dalam golongan yang sesat tu. So, minta-minta kita dijauhkan daripada those what I mention above. 

Jadi lah perempuan yang mulia dan suci seumpama mawar berduri. Sangat cantik, sangat istimewa tapi sukar disentuh, sukar dipegang.

Tanda-tanda kiamat kecil telah lengkap dan sempurna

Benda ni semua rasanya kau orang semua dah tahu kot. Ini semua pun aku baaaaru je tahu. Tengah dok sibuk usha blog orang, I found this one entry pasal kiamat. So, aku terpanggil *ceh terpanggil, I felt the urge untuk share benda ni dengan korang, well to those yang belum tahu lagi lah. So, aku copy paste je benda ni untuk pengetahuan and peringatan kita semua :-)


Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kiamat besar secara tidak rasmi iaitu keluarnya Dajjal dan Yakjuj & Ma’juj. Dajjal telah pun keluar dan kini berada dalam peringkat ‘sehari sama seperti sebulan’ iaitu diluar dimensi masa manusia. Manakala Yakjuj & Ma’juj telah pun dibebaskan setelah Tembok Zulkarnain (dengan izin Allah) telah runtuh di Georgia. Golongan mereka pada hari ini telah menjadi Ashkenazi Jews & Zionist! Golongan mereka yang terakhir akan keluar ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Isa a.s. Hanya 8 tanda-tanda besar kiamat yang masih tinggal. Allahu A’lam.

Disaat kita berada dalam lena yang panjang, ketika itulah kiamat akan datang, dan kalian kelihatan seperti keldai yang terpinga-pinga. Maka, ambillah peringatan, kerana peringatan itu amat berguna kepada mereka-mereka yang berfikir.


1) Penaklukan Baitulmuqaddis
Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari


2) Zina bermaharajalela
“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim


3) Bermaharajalela alat muzik
“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka. ” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah


4) Menghias masjid & membanggakannya
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.


5) Munculnya kekejian, 
Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik
“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.


6) Ramai orang soleh meninggal dunia
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad


7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat
“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia”
- Riwayat Thabrani


8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja
“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad


9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.


10) Bulan sabit kelihatan besar
“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.”
- Riwayat Thabrani


11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim


12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar
“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad


13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai
“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim


14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda
“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud & Nasai


15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.


Kini, Kita hanya menuggu saat tibanya..
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”.
(H.R Muslimi)


Keterangan:



Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. 

Sepuluh tanda itu ialah:
  • Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  • Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  • Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  • Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.
  • Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  • Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  • Gempa bumi di Timur.
  • Gempa bumi di Barat.
  • Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  • Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.



Sejauh mana kebenaran semua ni. no one really knows. Wallahualam.

Monday, October 10, 2011

Jiwa Terasa Kosong

"... Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." - (Surah Ali-Imran : 148)
Duhai insan,
Jiwamu terasa kosong?
Perlu peneman,
Kekasih hati yang prihatin,
Pengisi jiwa ragamu itu.
Tapi tahukah kamu,
Cinta yang kamu dambakan itu menyakitkan.
Sering pula ia mengecewakan,
Selagi dia belum halal untukmu,
Selagi itu ia menyeksakan jiwamu.
Kamu dan dia belum ada ikatan,
Itu hakikat!
Meletakkan harapan...
Hanya bakal mengundang kekecewaan demi kekecewaan,
Kerana semuanya, masih tiada kepastian.
Hatimu kosong?
Isikanlah hatimu itu,
Jangan biar kekosongan menyelubung dirimu,
Berimanlah.
Yakinilah.
Bahawa Dia itu sentiasa dekat,
Amat-amat dekat,
Amat amat amat dekat.
Dia tahu kamu sedang berduka,
Dia Maha Tahu betapa berat ujian yang menimpa,
Dia mendengar segala rintih jiwamu itu,
Dirimu itu milik-Nya,
Dan pada-Nya jua ada pengubat jiwamu yang lara.
Isi hatimu...
Dengan cinta-Nya,
Syukurmu atas nikmat-nikmat yang kamu peroleh tidak terhitung jumlahnya.
Pengharapan yang kamu gantung hanya pada-Nya.
Sungguh,
Ia dapat menenangkan jiwa,
Setenang-tenangnya.
Bertawakkallah kepada-Nya
Yakinlah,
Dia punyai aturan untukmu,
Dan pastinya ia yang terbaik!
Sedang manusia itu hanya mampu bersangka-sangka...
Duhai insan,
Isi hati kecilmu itu...
Kerana sesungguhnya Dia sentiasa ada...!

Saturday, October 8, 2011

♥ ♥ ♥

Dear my future husband ,


I want to wake up next to you, eat breakfast with you, get changed with you, play computer games with you, watching movies with you in bed, hold your hand and watch TV, hug you tightly, send you cute texts, buy you gifts, nap together, wear your comfy hoody when I am cold, look into your eyes, be with you at sunrise and sunset, cook for you, walk in the rain with you, fall asleep on your lap, snuggle in bed, mess up your hair and give you a goodnight kiss.

                                                                                                                                   Sincerely, 
                                                                                                                               Your future wife 

Tuesday, October 4, 2011

Hello October ! ;-)

It's October baby ! So byebye September :-) Macam tak percaya, we are already in october. Time flies really fast. Kejap je dah bulan 10. Rasa macam baru semalam bulan Januari, rasa macam baru semalam daftar Pra-U, rasa macam baru semalam celebrate birthday january hari tu, rasa macam baru semalam ambik MUET in May, rasa macam baru semalam i went through 'hari-hari suram', well if you know what I mean kan, those hari-hari yang patah hati tuuu. Okay Whatever. I am trashing the past, so hell yeah to the future baby ! :D I am concentrating on my present moment and planning my future. Lagipun, this is life anyway. People vanish and die. People laugh and cry. Some give up and some will try. Some say hi, while some say bye. That is just how life works. So, yeah, I am completely okay. And aku bersyukur jugak sebab apa yang dah terjadi dalam hidup aku selama ni banyak mendatangkan hikmah yang I would say, turning my life to an AWESOME one. Alhamdulillah. :'-) I am no longer the person I used to be. I am no longer the same Nik. Nik yang dulu lemah and lembab, yang terlalu bergantung harap dengan seseorang untuk hidup, yang lemah, lembik, yang banyak buat perkara yang sia sia and bla bla bla. Oh whatever. Semua tu dah jadi satu moment yang dah tertinggal di belakang. I am not the person who are going to look back and repeat the same thing over and over. NOT ANYMORE. Aku dah jadi Nik yang jauh lebih baik daripada Nik yang dulu. Banyak perkara buruk dah pernah berlaku dalam hidup aku, and semua tu sebenarnya pengajaran paling berguna dalam hidup aku.Those mistakes yang aku pernah buat are now become a collection of lessons dalam hidup aku  :'-)

Melalut panjang lagi. HA-HA. Itu baru intro je. Ngehngeh. Aku bersyukur dapat hidup untuk 19 tahun sehingga ke bulan October this year untuk buat apa yang aku tak pernah buat dulu, untuk tebus semua kesalahan aku and untuk padam semua perkara buruk yang aku pernah alami dalam hidup aku back then. Harapan aku untuk bulan October ni satu je. Untuk jadi a person yang hari ini lebih baik dari semalam. InsyaAllah :'-) Saying hi to October also means saying hi to STPM too ! I am now a step closer to STPM ! Dah tak lama weii. I will be sitting for STPM this coming 21st November and the paper ends on 14th December. So, whoever who is reading this, do pray for my success. Alang-alang dah cakap pasal STPM, Alhamdulillah trial STPM hari tu aku dapat 2 A's, 1 B and 1 C+. My pointer is 3.25. And I am at the first rank in seluruh form 6. Alhamdulillah :'-) See.. I am definitely heading to a way better life :-)


Azam aku untuk bulan ni is I am going to struggle to the max, pushing myself to the limit and get a GREAT achievement in STPM. Amin Ya Rabbanal Alamin. 
So hello October, please, pretty please, be nice to meeee ;-)