Followers

Wednesday, September 28, 2011

Result exam

Hari ni rasa macam nak berlari-lari satu Nilai ni sebab happy sangaaaaaat. Ngehngehngeh, tak ada lah happy sebab apa sangat pun, tapi pasal paper Bahasa Malaysia aku dapat A ! Siapa tak happy wehh. Trial tuu. Punya susah aku struggle#struggle kee. :-p so I was rewarded with an A for the paper. Hard works paid off babyyy. ;-)  Besyukur yang amat sebab hanya ada 3 orang je yang dapat A and I am one of them. First time tuuu karangan aku putih bersih tanpa contengan pen merah cikgu. :'-) And, and, and tambah menggembirakan aku, aku lulus jugak paper Pengajian Am yang bagi aku susah nak mati. Tak dapat A tapi aku bersyukur sebab lulus walaupun gred C je sebab paper tu aku bajet fail kot sebab salah buat graf -______________- Tapi Alhamdullillah la, C pun dah cukup baik sangat dah sebab memang ramai gila yang fail paper tu. Yang lulus tak ramai sangat lah so I guess I should be grateful lah kan. Kalau fail paper Pengajian Am tu kira fail semua paper tuuuu. Alhamdulillah lepas jugak. Sekarang tunggu lagi 2 paper. Bussiness dengan Sejarah. Hopefully result okay. Tak cemerlang tak apa, janji jangan ada fail T____T 
Kay, tu je aku nak share hari ni. Haha heboh nauuu kau ni Nik.

Sunday, September 25, 2011

Mengapa Harus Bersedih?

MENGAPA HARUS BERSEDIH?

Allah benar janji-Nya. Allah telah menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa.
Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala.
Kalau kita ukur - banyak mana yang Allah ambil, dibanding dengan banyak mana yang Allah telah beri kepada kita. 
Firman Allah:                  
"Kalau kita cuba hitung nikmat Allah, nescaya tidak akan terhitung banyaknya." - [Ibrahim 14:34]
Mata, telinga, mulut, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang yang sekitarmu. Apa yang kurang?
Tidak ada apa yang kurang, saudara. Rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.
Dan apabila musibah menimpa, Allah tarik balik sedikit sahaja dari kurnia-Nya, mengapa harus berdukacita?
Mengapa harus bersedih? Bukankah itu petanda bahawa Allah mungkin menggantikan dengan sesuatu yang lebih baik?
Allah tarik sesuatu untuk  Allah berikan sesuatu yang lain. Tidak mustahil. 
Berlapang dada kepada Allah, bahawa Allah menentukan segalanya. Yakinlah.
Firman Allah:                        
"Jangan takut, jangan berdukacita." - [Al-Ankabut 29:33]

Friday, September 23, 2011

You make me feel so lalala ♥

Reasons why I like you :-)


♥ You have the brightest, cutest smile EVER. I am sooo meltingggg
You make me smile so wide to the ears :-)
You make me laugh gila-gila sampai  sakit perut tau :-(
You are really cute. SUPER DUPER cute. I can't stand it. Omeyy sangaaat 
You are sweet and smart and good looking and absolutely stunning and adorably dorky and funny ! 
 You didn't mind call me for thousands of times walaupun saya banyak diam and you do all the talking that sometimes you seem to cakap sorang-sorang and then you're like "Helloooooo?' and I just giggle. HAHA comel sangat-sangat. 
You give me the butterflies whenever I see your name light up on my phone screen ;-)
You just make me feel special.. like no other words can explain how happy I get when i am around you 
You certainly know how to cheer me up during my bad days,you stick with me when no one else did and i would be lying if i said i didn't feel  anything for you :'-)


Ngehngeh jangan tanya kenapa. It just happens. Without i even realise it. Everytime I see him, my heart stutters, my mind shuts down, my stomach turns into butterflies and I realise it means something to me. It is a feeling that no words can describe :-)

Tuesday, September 20, 2011

Tapered pants

Yaaay ! Akhirnya i finally own  a pair of tapered pant ! Huehuehue. Tahu tak tapered pant tu macam mana ? Alah yang comel-comel tu.Alah pergi google tengok. Ceh nik, orang lain dah tahu lama. Kau je baru nak tahu. ==' Tapered pants tu memang sangat 'in' la for most girl these days. Punya susah lah nak cari this kind of pant. Last week, aku ada view this blog yang ada jual lots of pants yang comel-comel which included this one tapered pant yang i purchased from the blog. Jangan tak tahu, online shopping is my new passion. Last week je aku beli dua baju,a maxi skirt and a pashmina.I keep reminding myself to save the money but everytime aku go for an online shopping, i just couldn't help myself ! So, there goes my money. I am not a spendthrift so memang aku jenis yang tak reti nak berjimat*sigh. Okay, then sedang aku scrolling over the page, my eyes were attracted to this one pant yang sangat comel so without giving it a second thought dan dengan perasaan sangat tamak halobanya, aku book cepat-cepat. Ngehngehngeh. The pant sumpah awesome gila kot, and lagi awesome if  I put it on me. muahahaha*perasan. And the pant dah safely arrived pagi semalam. Suka weh sukaa. Hihi. And the pant is quite similar to the one yang Hana Tajima pakai down here. And the same exact colour as hers.


Hana Tajima rocks the pant !
Ngehngeh. Photos of me wearing the tapered pants will be soon uploaded. Tehee

Saturday, September 17, 2011

Mencari Yang Sempurna


Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga...
Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...
Jika kamu menadah air biarlah berpada,
jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa...
Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya...
Akhirnya kamu KECEWA dan menghinanya dengan kata-kata makian lalu dia berlalu meninggalkanmu....
Sedangkan jika kamu memahaminya dan menerima dirinya seadanya serta tidak melukakan hatinya boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....
Ingatlah setiap kata-kata yang mengguris perasaan lebih pedih daripada hunusan ketajaman mata pedang..
Apakah berbaloi kehilangan sesuatu yang sangat berharga untuk selama-lamanya dek amarah mu yang sementara???
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,
yang kamu pasti baik untuk dirimu...
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...
Terlalu ingin mengejar kelazatan...
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.
MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...SETIA PADAMU
Mengapa kamu berlengah,
cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL...
Mesej yang cuba disampaikan :-
1. Jangan terlalu memandang kepada kesempurnaan kerana yang nyata tiada manusia yang sempurna.
Pepatah ada mengatakan'
                  "IF YOU ALREADY HAVE SOMETHING GOOD, DON'T GO LOOK FOR SOMETHING BETTER"


2. Jangan tinggalkan pasangan kita yang sudah cukup lama kita kenali untuk seseorang yang baru kita kenali because at the end of the time, kita mungkin kehilangan sebutir permata yang berharga tanpa kita sedari.


3. Mungkin apa yang ada pada dia yang kita sayangi tidak ada pada dia yang baru kita kenali TAPI mungkin apa yang ada pada dia yang kita sayangi takkan ada pada dia yang baru kita kenali.


4. Bersyukurlah dengan apa yang kita miliki sekarang. Jangan mengejar yang lain yang mungkin cantik dimata kita kerana pepatah ada mengatakan "You might be losing a pearl when you are too busy collecting stones"


5. Suatu hari nanti kita mungkin akan terbangun dari tidur dan sedar kita telah mensia-siakan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup kita. Dan pada masa kita tersedar dan menoleh ke belakang untuk menuntut kembali insan yang berharga itu, kita mungkin sudah terlambat !


Mencari dan terus mencari kesempurnaan pasangan sehingga mensia- siakan apa yang kita ada...Terlalu mencari kesempurnaan adakalanya menyebabkan kita terlupa...adakah bakal wanita/lelaki yang kita dapat lebih baik???atau lebih buruk??jika mendapat yang lebih bagus...syukur..Alhamdulillah...tetapi  bagaimana jika lebih teruk daripada yang sudah ada di depan mata??renung-renungkanlah...

Thursday, September 15, 2011

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya


WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.
LELAKI: Apa khabar?
WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA terlibat dalam kemalangan jalanraya dan meninggal dunia. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.
Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...
Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.
Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 

Kumbang dan Bunga


Wahai Sang Kumbang...
Kau diberi kelebihan untuk menghisap madu bunga-bungaan,
Kau diberi peluang memeliharanya dengan kudrat tangan,
Kau diberi mandat membetulkan lenggokan bunga-bunga yang harum di taman,
Harus kau ingat amanah ini bukan mainan mahupun satu kebanggaan.

Wahai Sang Kumbang...                
Tatkala Kau bertaut pada bungaan yang berduri,
Janganlah sesekali Kau kasari dengan kerakusan hati,
Kerana baginya itulah satu-satunya perisai diri,
Sebaiknya Kau belailah ia dengan kasih sayang dan rasa takwa kepada Ilahi.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah sesekali Kau meleraikan kelopak bunga yang sedang berkembang,
Janganlah sesekali Kau mencemarkan bunga-bunga yang indah dipandang,
Janganlah sesekali Kau patahkan ranting untuknya bertaut meneruskan kehidupan,
Janganlah sesekali Kau menjadi kumbang yang cacat dan menjengkelkan. 
Wahai Sang Kumbang...
Ingatlah kuntuman bunga-bunga ini mendambakan kehidupan abadi,
Bukanlah kehidupan sejenak yang menjanjikan kebahagiaan sementara ini,
Ingatlah bunga-bunga ini bukan untuk santapanmu yang bernafsu berahi,
Tetapi bunga-bunga ini amanah kepadamu untuk kau hayati dan hargai.
Wahai Sang Kumbang...
Kau bebas terbang dan bertaut di Bunga yang kau dambakan,
Namun, perlu Kau ingat bukanlah nafsu yang harus menjadi ukuran,
Cukuplah sekadar apa yang kau mampu untuk hadamkan,
Semarakkanlah ia dengan baja-bajaan yang diamanahkan.
Wahai Sang Kumbang...
Janganlah dirimu terbang menghisap madu dan berlalu pergi,
Usah bebankan hati Bunga yang tidak mampu terbang tinggi,
Setialah di situ dan didiklah ia dengan kasih yang suci,
Semoga kau menjadi kumbang yang dirahmati.

Wahai lelaki kat luar sana, jadi lah lelaki yang boleh diharapkan, jadi lah lelaki yang sejati, jadi lah lelaki yang dihormati dan boleh dicontohi, jangan jadi seperti sang kumbang yang hinggap untuk menghisap madu dan kemudian berlalu pergi.




Graduation Day

Graduation day dah tak lama lagi hoiii. This coming 1st October i will be having graduation day kat one of the hotel yang digembar gemburkan bertaraf 4 star dekat Nilai Spring. Ada lagi 2 minggu je ni. Baju apa aku nak cekau ni. Bebudak lain semua dah ada baju nak pakai, siap ada yang tempah butik lagi. Ada tu sanggup habis beratus nak cari baju lawo-lawo. Ceh. Aku cekau je mana ada dalam closet tu. Janji aku selesa sudahh. Aku ingat nak pakai kebaya nyonya , which is quite similar to the picture down here. Warna pink lagi tu. Sangat comel dan ayu *masuk bakul angkat sendiri. Gua pakai kebaya nyonya wehhh. Haha. Cis. Jangan buat muka meluat macam tu. Aku lastik dahi tu karang. Tolong sikit. Aku dah kurus okay sekarang. Huehuehue tak ada lah kurus mana pun. Kurus sikit lah daripada sebelum ni tu sebab lah raya tahun ni aku ada keberanian nak buat kebaya nyonya. Kalau sebelum ni baju kurung je lah yang mampu sebab nak sorok segala lemak tepu mahupun tak tepu yang bermaharajalela, Tapi tahun ni dengan bangganya aku mampu menyarungkan kebaya nyonya tanpa was-was dan ragu-ragu.  Pinggang aku dah seramping kerengga.Kerengga pun jeles dengan aku tauuuu. Wahaha haktuih. perasan.


Agak-agak comel tak kalau aku pakai kebaya macam kat atas ni ?Huehuehue* lagi sekali masuk bakul angkat sendiri
Nak pakai ke taaak ek. Pakai ke taakkkk. Kena buat solat istikharah ni mintak petunjuk. Ceh macam tak perlu je. Aku rasa aku pakai kurung biasa je kot. Less is more bak kata orang putih :-)

Wednesday, September 14, 2011

Cinta ? Apa tu?

Ceh, title entry good-good je,ala-ala gangster yang tak layan cinta-cinta kononnya. -..- Ye, Saya single tapi saya tak available. Ada paham ? Cis, entry nak hot je, konon retis lettewww. Ado den kisahhh. Ye, memang aku single sekarang ni tapi aku sangat dan tersangat amatlah tidak available. And, aku tak terdesak pun nak cari replacement. Well, not so soon. Aku bahagia hidup macam ni and again, aku tak desperate nak cari boyfriend macam sesetengah orang yang rasa it is a MUST untuk cepat-cepat cari pengganti bila dah putus. Eh come on. Bukan esok dah kena kahwin pun. Ceh. Bunyi macam paranoid gila dah aku ni. Tak lah. Mana adaaa. Aku masih rasa nak disayangi dan menyayangi tapi buat masa ni, perasaan geli-geli tu semua aku letak tepi dulu sebab my one and only focus buat masa ni is STPM. Kalau bercinta bagai nak rak sampai perasaan macam dalam awang-awangan konon macam dunia ni kau je yang punya tapi belajar tunggang langgang buat hapeee. Aku baru 19 tahun kot, 19 tahun tu is still considered as budak mentah lagi. Tersangatlah mentah. Walaupun tahun depan aku dah jejak kaki ke alam yang lebih dewasa, which is alam 20-an but still aku rasa aku ni macam budakbudak lagi. Huehuehue. Cepat betul masa berlalu. Sedar tak sedar tahun depan aku dah masuk 20 tahun. Dah boleh kahwin. HAHA. Takmau takmau. Kahwin tu belakang kira. Aku taknak sibukkan fikir benda tu semua. Cinta sayang tu semua mainan perasaan je. Kalau dilayankan memang seronok, tapi bila difikirkan, alahai tu semua mainan perasaan dan keseronokan yang sementara je. Entah kekal ke tidakk. Aku tak kata kita tak perlukan cinta. Cinta tu memang perlu. Lumrah manusia untuk rasa mencintai dan dicintai but when i came to think of it, dah cukup sayang ke kita kat diri sendiri sampai nak sayangkan orang lain ? Dah melimpah ruah sangat ke kasih sayang kita tu sampai nak kasik kat orang lain ?CEHHH.

Alah, cinta seorang lelaki tu bila-bila masa pun boleh dapat. Kang nanti masuk universiti cakap je macam mana nak. Yang tinggi, yang putih, yang jambu, yang macho ?Semua ada. Tu bak kata orang yang dah pernah jejak kaki ke U lah. Aku tak tahu sebab aku tak pernah merasa. Next year insyaAllah :-) Tapi itu bukan focus utama aku buat masa ni. Aku nak secure kan tempat aku kat U dulu. Nak jadi lecturer. Paling-paling aku nak jadi seseorang yang berjaya in future nanti. So, that is why cinta cinta ni semua aku tak pandang dulu. Bukan apa, aku taknak focus aku lari. Sebab aku pernah rasa macam mana dibuai perasaan cinta ni. Seronok memang seronok , ada someone to accompany your days, someone to text hari hari, someone nak gedik-gedik,someone nak bermanja, gayut gayut lah apa tapi tak kekal jugak pun.Mana pergi semua keseronokan tu ? MANA?? Keseronokan bercinta tu hanya sementara nak dibandingkan dengan keseronokan dapat apa yang kita inginkan dalam hidup, itu keseronokan yang kekal :-) The remaining plus minus 2 months yang aku ada ni aku akan just focuskan on studies je. Soal jodoh, hati dan perasaan, aku tak tolak kalau suatu hari nanti hati aku dah terbuka untuk itu. Aku pun tak berani nak kata apa-apa, mungkin sekarang hati aku tertutup rapat, but who knows suatu hari nanti aku akan jumpa lelaki yang pegang mangga untuk buka pintu hati aku yang dah terkunci rapat tu kan ?HAHAHA sumpah geli wehh geliiii. 

Okay, dipendekkan cerita.*ceh dah panjang meleret sampai naik juling mata orang yang membaca , baru nak dipendekkan ? Lantokkk. Dipendekkan cerita macam ni lah, cinta ni luas maknanya bagi aku. Jangan narrow kan pemikiran tu. Cinta itu bukan hanya untuk sang pria tapi cinta tu sangat subjective. And kalau kau orang view CINTA tu dalam perspektif yang lebih luas kau orang akan nampak apa cinta tu sebenarnya.Ceh, ni kalau Dr. Fadzilah Kamsah baca ni,confirm dia hire aku jadi assistant dia. HAHA. okay and one more thing, Being single doesn't mean that you are a loner. Or bukan sebab kau ni loser. Maybe and just maybe, you are just too good for anyone. It just that GOD SAVES YOU FOR SOMEONE SPECIAL. ;-) . And frankly saying, aku tak rasa sunyi langsung pun. Aku ada family , friends yang bagi aku , diorang ni lah CINTA aku yang sebenar.Lagipun, as for me lah kan, Cinta ni bukan sesuatu yang boleh dipaksa, nama pun FALL in love kan, you don't force yourself to fall, you just fall tanpa kau sedar pun. Cinta ni bukan sesuatu yang boleh dibuat-buat, bukan sesuatu yang senang-wenang diluahkan dengan kata-kata. Cinta tu bukan macam, kau jumpa someone yang cantik yang hensem and you simply say "I LOVE YOU" to  her/him walaupun you don't even really know her pun. Kau luahkan kata-kata cinta,kata-kata manis sebab kau tertarik dengan rupa luaran dia. Itu bukan cinta. Itu cuma perasaan suka. Perasaan cinta bagi aku hanya muncul setelah kita kenal seseorang tu untuk masa yang lama.
Pepatah ada mengatakan',

"IT TAKES NO TIME TO FALL IN LOVE BUT IT TAKES YEARS TO KNOW WHAT LOVE REALLY IS"


                                                             
                                                                    So, that is how i define love. 

p/s : Be a girl who men need not a girl who needs a man. :-)

Tuesday, September 13, 2011

Somebody asked me if i ever knew you, millions of memories came flashing in my head , and i smillingly whispered "NOT ANYMORE" :-)

Monday, September 12, 2011

Every time you scream at  your woman, there is another man wish that he could whisper in her ears. When you humiliate, offend and insult her, there is another man wanted to remind her how wonderful and beautiful she is. When you hurt her, there is another man wishing that he could hug her and wash her pain away. And when you make her cry, there is another man who would die to make her smiles and laughs her heart out. 


So boys, Treat your ladies right because there is someone out there who can and will! 

I'm back ! ^_^

Yaaaaaaay ! Aku dah boleh berblogging balik ! Hei, rakan blogger sekalian alam, i am back ! Rindu aku takk, rindu aku takkk? Takkk ? Okay fine, pedulik hapeee -..- Ya Allah, gembiranya hati ,rasa macam nak lari lari satu kuarters ni sebab happy sangat. Memang aku rindu habis lah nak main blog. Hari-hari bukak just mampu nak tengok and usha daripada jauh je tapi tak boleh nak sign in. :-( Nasib baik abang handsome tadi dah tolong setting kan balik laptop aku ni, dah reformat habis semua. Sayang abang handsome *gedik. Virus banyak gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa katanya. Gila tu sepatutnya lagi panjang kalau ikut yang dia sebut tadi. Hehe tomey tomey je. So, lepas ni jangan peliklah kalau aku post sampai sepuluh entry satu hari. Aku dah lama tak on blog aku ni so harap maaf, harap ampun kalau asyik entri aku je yang keluar kat dashboard kau orang nanti. Kalau tak suka, unfollow je :-(  So,lepas ni memang aku main blog je and twitter-ing je lah pasal aku dah tak online facebook for quite a period of time.Lama weiii gua tak online. And, setakat sampai hari ni, aku boleh menahan dugaan untuk tak online. Ceh,macam lama sangat je dah tak online je kau nik, baru seminggu je pun -,-   Akaun facebook aku dipegang sepenuhnya PA tak berbayar aku yang comel lagi baik hati,merangkap kawan baik aku, Nabila Hani. Dia dah bagi jaminan yang dia TAK AKAN sekali-kali bagi password kat aku walaupun aku pergi Banting sana,peluk-peluk cium kaki dia and menangis sampai keluar air mata darah sekalipun and ugut nak bunuh diri terjun bangunan 18tingkat sambil acu pisau kat leher. Okay ,over. Aku tahu. I have to force myself not to online sebab aku dah lama sedar tapi buat buat tak sedar bahawa facebook ni sangat, amat, dan tersangat amat lah melalaikan umat manusia sejagat. So. adik adik kat luar sana, jangan lah jadikan facebook ni keutamaan sampai mengabaikan benda-benda lain. Facebook ni for fun je boleh la, tapi jangan lah sampai makan,tidur,mandi,berak semua depan laptop. Utamakan study dulu okay? Okay, taip macam ni buat aku macam nak hentak kepala dengan pasu bunga berulang kali sampai mati. Padahal, muka ni lah yang pagi,petang, siang,malam, subuh dok tercongok,terbaring,termelentang depan laptop online sampai semua dah naik muak loya dan sebagainya sebab asyik muka aku je kat online friends diorang. Kisahnyeewww sayewww. Facebook aku, suka hati aku lah*buat hidung kembang mintak pelempang. Okay, maaf. Sekali lagi aku membebel banyak. Kesian kau orang kena baca entri panjang-panjang merepekss ni. Ceh, macam glamour sangat blog kau ni orang nak baca. Kay ,aku nak pergi STUDY korangg, aku nak pergi STUDY ni *tak ada motif caps lock kan study tu. Kay bye