Followers

Thursday, March 8, 2012

Kegagalan adalah kejayaan yang tertunda

Aku rasa macam nak berceramah hari ni boleh tak? Boleh eh? Tak boleh? Eh blog aku suka hati aku lah -,- Aku nak buat sedikit ucapan kepada rakan-rakan seperjuangan aku yang sama sama ambil STPM dengan aku, yang sama-sama berhempas pulas memerah keringat demi STPM.

Kepada mereka yang berjaya,
All I can say is tahniah! :D Tahniah untuk korang yang dapat result excellent tu. yang achieve 3.0 pointer and above, yang bolot banyak A tu, tahniah, tahniah, tahniah! This is a reward to all the hard works, all the struggles , the efforts that you put into the studies. And yes, hard works paid off finally :') Anggap kejayaan ini sebagai hasil pengorbanan setiap titik peluh korang selama ni. Cuma satu je yang kita kena ingat, never let the success get into our head. Jangan terlalu mendabik dada dan mendongak ke langit sehingga terlupa ke tanah dibawah. Jangan terlalu gembira dan bangga dengan apa yang diperolehi sampai kita jadi manusia yang bangga diri, alpa dengan kejayaan yang kita dapat. The success that we attained today is for us to remember that it is not easy to gain what we are able to achieve today, supaya kita jadi manusia yang sentiasa merendah diri. ;)

Dan kepada mereka yang kurang berjaya,
Jangan mengalah! jangan sekali-kali mengalah! This is not the end. Tak semestinya keputusan yang kurang cemerlang kita dah fail in life. Tak sekali-kali. Mungkin rezeki korang bukan disini. Ingat lah, rezeki Allah tu luas dan ada dimana-mana. Mungkin rezeki korang di cabang yang lain. Who knows kan? Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. :) So, jangan putus asa. Bak kata Cikgu Amran, kegagalan adalah kejayaan yang tertunda. Mungkin kejayaan korang di masa hadapan nanti. Jangan biarkan kegagalan bunuh kita. Kegagalan sepatutnya dijadikan something that motivates us. Motivates us to do better next time. Don't lose hope and have faith in yourself! :')

Memetik kata Bill Gates, the owner of Microsoft Software...


So, siapa kata kalau gagal sekali maknanya gagal selama-lamanya? :)

Wednesday, March 7, 2012

Keputusan STPM

So, pasal result STPM aku...

Hmm, all I can say is boleh lahhhh... Alhamdulillah lepas target aku nak dapat 3.0 pointer atleast, and aku dapat 3.0 pointer lebih, cuma a bit disappointed sebab target aku sebenarnya 3.5 macam tu. Wahh, taknak lagi tinggi mencanak pulak target aku kan. Tapi tu lah, orang kata kalau terlalu mengharap tapi apa yang kita harapkan tak dapat memang menonggeng-nonggeng lah frustnya. Aku bukan setakat menonggeng, tapi terlentang,terduduk, meniarap, bersila semua sekali. Tak dapat nak dinafikan, memang aku frust :/ Oh by the way best student sekolah aku semalam pointernya 3.5. An indian girl of a science stream class. Beulah namanya. Gila kentang kan.

What disappoints me most is the fact that I didn't get even one single A pun. Itu yang paling sangat lah mengecewakan aku. I got 3 B+ and 1 B-. So, I can't lie on how frustrated I am. The fact that aku selalu dapat A dalam few subjek macam BM and Pengajian Perniagaan time ujian, exam and trial tapi tak dapat A dalam real STPM memang sangat mengecewakan. Plus, see how close that B+ to A-? If only I could transform those B+ I got into an A- , I will get 3 A-. 3 A- will definitely change the whole thing ! And I would be able to reach my target that is to get pointer of 3.5. Well, well, well. IF. :/

Besides of feeling a bit disappointed, aku gembira dan sangat bersyukur because my result was good enough. Good enough untuk buat aku gembira, tersenyum dan bahagiakan both of my parents. The most beautiful thing in this world is to see your parents smiling and knowing that you are the reason of the smile :') And Alhamdulillah, aku berjaya buat parents aku bangga. Sekurang2nya tak sia-sia diorang datang sekolah temankan aku semalam. Tak sia-sia diorg nasihatkan aku utk belajar rajin-rajin selama ni. Tak sia-sia abah aku habiskan duit isi minyak kereta send and fetch me from school every single day for a one and a half year. Tak sia-sia diorang berhabis duit untuk keperluan sekolah aku, beli buku, bayar yuran, duit belanja sekolah and blablabla. Melihat mereka tersenyum bangga bila cikgu bertalu-talu datang ucapkan tahniah dah cukup untuk buat aku sebagai anak bahagia. Aku memang bahagia dengan keputusan yang aku dapat tapi aku lebih bahagia melihat mereka bahagia :')

Alhamdulillah Ya Allah. Alhamdulillah! :')

Tuesday, March 6, 2012

Cuak

Hai awak-awak semua ! Saya cuma menyinggah sini sekejap to tell you people yang esok kannnnn, ye esokkkk, a'ah esokkk..... RESULT KELUAR! Yes, yes , yes! Esok result STPM aku will be announced T.T

Huwaaa! Aku nervous. Aku cuak, Aku berdebor-debor. Aku stress. Sumpah aku teramat, sangat, amat dan teramat sangat lah nervous sekarang ini. Sejak petang tadi , my hands, my legs, my whole body are trembling from tip to toe. Muka aku pucat lesi serupa orang baru lepas bersalin, kaki aku sejuk macam ais batu sejuknya. And sejak petang tadi jugak lah, aku dah ulang-alik masuk toilet untuk ke 385762837499 kalinya. Segala jenis air aku buang. Yang kecil bahkan juga yang besar. Sebab dah nervous sangat kan. Nasib tak tercirit je. Okay itu jijik. Tak ah. Aku gurau je. Aku tak lah seselekeh dan sejijik itu. Saja nak melawak ditengah malam ni bagi menghilangkan debar di hati. Tak lawak? K T_______T

Okay, aku singgah kejap je ni. Tak berniat nak bersyarah lama-lama kat blog ni malam ni. Aku nak kumpul segala tenaga dan kekuatan untuk tempuhi hari esok. So that, andai kata result aku nanti tak berapa elok, aku dah bersedia mentally and physically , walaupun sebenarnya, aku tak ready lagi! Huwaaaa T.T

K bye T.T

Sunday, March 4, 2012

Kepada bakal isteriku.

Kehadapan my future wife(s)
I menulis article ini bukan lah kerana di cabar oleh seorang member yang ingin melihat keromantikan I. Tapi.. err.. I… menulis ini adalah kerana kehendak hati I. So, sila baca entri ni perlahan-lahan. Tak perlu laju-laju.


So, wahai my future wife(s),
I don’t know who the hell are you and I have no idea where you are right now. But one day, bila kita dah berjumpa, I harap you mampu terima I seadanya seperti mana I akan terima you dan diri you sebenarnya. Lagi pun, I tahu yang you ni memang comel. Dan baik. Dan rajin. Dan alim. Dan cun.


I berharap bila I check facebook you nanti, you tidak letak banyak gambar you yang daring-daring kat facebook. Sebab, setahu I, kalau perempuan tu comel, mesti nak tunjukkan ke seluruh dunia. Macam lah dia sorang je yang comel. I comel tak ada pun letak gambar kat facebook tunjuk ke seluruh dunia. Boleh je hidup. Ehem.


Serta, gambar di facebook tu, jangan lah nak dedah sana dedah sini. Malu I. You pun tau kan, perempuan ni ibarat cokelat Ferrero Rocher. Bila berbalut dengan pembalut, even cokelat tu jatuh kelantai pun orang still nak. Tapi kalau dah tak berbalut, bila jatuh ke lantai, semua buat dono. Ada tu, kalau boleh, ada yang nak pijak lagi. You pun tak nak kena pijak kan?
Lagi pun, you tahu, tak ada lelaki di dunia ni yang nak kahwin dengan perempuan yang seksi meksi.

My future wife(s),
I tak tahu pasal masa depan I. I tak tahu berapa banyak duit yang I akan ada. So, dengan kata lain, I mungkin tak akan mampu kasi rumah 10 tingkat kat you. I juga mungkin tak mampu kasi you 10 dulang emas intan berlian. Harap you tak kisah dengan diri I yang tak beharta ni. Tapi kalau setakat kasi you 20 hingga 30 anak tu, I okay je. Dalam tiga tahun, kita mungkin akan ada 2 anak. Tapi tu tak termasuk yang kembar tau.


Bila kita ada rumah nanti, I tak kisah kalau you nak bekerja. Tapi lagi bagus kalau you duduk je rumah jaga I. I bukan mintak di layan bagai raja. Tapi kalau I balik dari kerja tu, apa salahnya tanggalkan stokin I, urut bahu I, sediakan makan-minum I. Tapi kalau you tak nak buat, tak apa. I boleh tambah lagi 1 (cukup 2). Lagi pun, bila I tambah lagi 1, kurang la sikit beban you. See? I memang prihatin.


Hmm. You tau, I tak mengharapkan yang you adalah gadis lemah lembut dan ikut semua kata I. Kalau you boyish sikit pun apa salahnya. Aggressive itu menarik. Kalau boleh, lebihkan kat bahagian mengada-ngada dan keras kepala you tu. I suka. Senang la I nak ajak bergaduh kalau macam tu. Sebab kalau di ikutkan, I tak suka perempuan yang lemah lembut sangat. Nanti tak meriah rumah tangga. So kalau skali skala bergaduh, best juga kan? Lagi pun, kita gaduh siang-siang je, bila dah nampak katil di malam Jumaat, kita berbaik lah. Tambahan pula, bagi kita, setiap malam kan malam Jumaat.

My future wife (s),
You, I harap you reti memasak. You mesti reti memasak. Apa? Tak salah kalau perempuan tak reti masak? Ya. Memang tak salah. I tak kata pun salah. Tapi jangan salahkan I kalau I tambah lagi 1 isteri (cukup 3) sebab yang satu dan dua tak reti masak nak buat macam mana kan? Okay tak-tak. I tak nak bini 2,3,4. Banyak sangat. bukan tak mampu. Tapi… Ehem.
Actually, I bukan mintak you masak macam makan kat hotel. Asalkan you reti masak yang simple-simple sudah lah. You tau, air tangan masakan isteri lah yang buat si suami setia. Lagi pun, tak akan setiap hari kita nak makan kat restoran kan? Kalau setiap hari makan kat restoran, baik I kahwin je dengan mak cik tukang masak tu. Ye tak? You pun tak nak kan I tambah lagi satu (cukup 4) kan?


I harap you reti jaga diri sebelum jumpa I. Kalau boleh, jangan couple banyak-banyak. Tak pernah couple lagi bagus. Tapi kalau dah couple tu, jangan buat yang bukan-bukan dengan boyfriend you. Bila dating tu, jangan nak mengada-ngada keluar berdua. Jangan buat benda-benda tak elok.


Akhir kata dari I, bila kita kahwin nanti, you masak, I makan. I imam, you makmum. I baca doa, you aminkan. You merajuk, I pujuk. Perfect, kan? So cepat lah cari I. I takut lah nak cari ‘you’. Takut tersalah pilih perempuan lain.You pun mesti tak nak jadi isteri ke dua I kan.


sumber : MR K

Aww comel kannnnnnnn ;')
p/s : This is definitely not mine *copy and paste.

Thursday, March 1, 2012

Hello March! :D




Sedar tak sedar kita dah masuk bulan March. Time flies really fast. Rasa macam baru je masuk tahun 2012, rasa macam baru je celebrate New Year hari tu, and now we are already in March. Dah masuk suku tahun 2012. How fast! So, bye bye February and hello March! :D

I hope this March welcomes me better than the previous two months. Semoga bulan ni lebih baik daripada dua bulan sebelum ni. Walaupun, I would say it is a great start of 2012 for me so far. Yes, sangat-sangat baik. 2012 starts off really well and I hope it continues doing great throughout the year :')

2012 starts off really well. Belum ada lagi ujian yang berat datang menduga setakat ini. My life is pretty awesome so far and I hope it keeps shining throughout the year. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang, dengan segala-galanya. Aku bahagia dengan keluarga aku, dengan kawan-kawan, dengan si buah hati. I am surrounded by those pretty amazing people and yes, I am so thankful for that :')


Masuknya bulan March, it all comes down to STPM's result that will be released on this 7th of March and yes, dah CONFIRM pun. Dah keluar berita tadi malam. Ini penentu segala-galanya. Keputusan STPM ni akan tentukan warna tahun 2012 aku. Kalau keputusan aku nanti baik, I would say 2012 is one of my lucky year and if it happen to turn out the other way around, 2012 will most probably be my DOOM year. Ever.


So, I have no idea on what to expect. I have only like 5 days before the day and yes, I started to feel the tense and pressure of waiting for the result and yes, waiting is SOOO torturing. I have this urge feeling to know what my result will be and I have a great anxiety inside me as well :(  I started to experience all those 'mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena' moments. Semuanya bergantung kepada sekeping kertas itu. That white piece of paper which is going to decide which path to take after this...

So, March,I'm begging you, be good to me, please, pretty pleaseee? :(