Followers

Saturday, December 17, 2011

Rindu Sekolah :-(

Hai hai awak semua ! Saya datang balik. Dengan penuh suka, gembira, riak, dan bongkak nya saya nak bagitahu saya dah habis STPM dahhhhhh. Okay sila jealous kepada adik adik yang mana belum habis sekolah tuuuuu :-p Sekarang saya tgh bersenang lenang goyang kaki kat rumah online and tengok tv drpd pagi sampai ke petang. Buku baju kasut sekolah semua saya dah bakor. Eh tak ! Tipu je. Saya simpan lagi tau. kot kot saya rindu, saya belek belek lah kannn. And to be frank, I started to miss the feeling of going back to school :-( Rindu gila ! :-/ Saya rindu nak bangun-bangun awal pagi mandi, siap siap breakfast ke sekolah. Saya rindu nak pakai baju sekolah kain hitam dengan kasut taichi saya yg selalu kena bahan dgn bebudak kelas saya tu, saya rindu nak senyum kat makcik guard yg jaga gate tu, saya rindu nak jumpa member-member sayaaaaa, rindu nak bergelak besar besar, rindu nak bertepuk tampar , rindu nak bergosip masa cikgu tgh sibuk mengajar dlm kelas, rindu nak tidur dalam kelas, rindu nak makan dalam kelas senyap-senyap time cikgu dok mengajar kt depan, and most of all , saya rindu semua member-member and cikgu-cikgu saya. :'( Banyaknya rindu kannnn. Pedulik ahhh, memang rindu pongggg :-(

Tu ahhh. Dulu saya cukup benci pergi sekolah sampaikan kadang-kadang tipu demam, tipu sakit sebab nak sambung tidur.Tak lah selalu. Sebulan tu ada lah 4 5 kali. Tak banyak pun kan ? Hihi. Saya ni top scorer kat dlm list budak yg selalu tak datang sekolah kot. Pendek kata nama saya ni terfemes bab ponteng memonteng ni. Memang tak rasa bersalah sikit pun. Lek ah kan. Bukannya buat salah besar. Ponteng je kot. Kuikuikui.
Tapi sekarang, saya dah macam org gila talak. Hari-hari buka almari tengok baju sekolah, belek-belek buku sekolah and tengok gambar classmate saya sambil buat muka sedih. :-( Haih badi agaknya,sebab dulu benci sgt kan kat sekolah so apo nak buek. Redha je lahh.So konklusinya, adik-adik yg tgh bersekolah tu, hargai lah sekolah anda dan rakan-rakan anda yee*tetiba

K. Taknak melalut panjang-panjang. Nak singgah ke Twitter pulak. Bye.

No comments:

Post a Comment