Followers

Saturday, July 23, 2011

Mulut

Hari ni aku nak cakap sikit pasal MULUT dan KATA-KATA.

Orang kata lidah manusia ni setajam mata pedang. Aku sangat sangat lah bersetuju dengan statement tu. Mulut yang Allah dah anugerahkan dekat kita should be wisely use lah kan. Siapa yang ada mulut tu manfaatkan dengan menggunakannya untuk benda benda yang baik and untuk bercakap benda yang baik. Kata-kata yang keluar daripada mulut tu ibarat mata pedang yang sangat tajam. Kalau tersalah cakap, hati seseorang tu boleh terguris dengan sangat teruk,and even worst daripada kena tikam dengan mata pedang tu sendiri. Kalau tak mati pun,paling-paling berdarah and tinggalkan parut yang sooner or later akan hilang, tapi parut dalam hati yang tak nampak terluka oleh sebab kata-kata takkan hilang weh !

Kerana pulut santan binasa and kerana mulut juga lah badan binasa. Nampak tak ?

So, kawan-kawan, mulut yang dianugerahkan kat kita tu gunakan lah sebaik-baiknya. Jangan mentang-mentang kau ada mulut ,kau cakap main lepas je, jangan ikut sedap mulut kau menyumpah seranah, memaki orang lain. YES, memang itu mulut kau tapi ingat, mulut kau tu juga hanya pinjaman semata-mata. Bila Allah nak tarik, sekarang jugak dia boleh tarik. Jangan nanti satu hari nanti kau bangun tidur, terus kau tk boleh nak bersuara. Eloklah. Kurang dosa kau memaki orang. Nak macam tu ?? NAK?!

Mulut ni anggota badan yang paling berbisa. Terlajak perahu boleh lagi kau reverse, tapi kalau dah terlajak kata-kata, mendapat lah kau. Kerana mulut, suatu rumahtangga boleh hancur. Kerana mulut, darah daging sendiri boleh bertikam and kerana angkara mulut, macam-macam boleh jadi. MACAM-MACAM.

Kita tak akan sedar kita mengguris perasaan orang lain. Bagi sesetengah orang, it is okay untuk cakap itu ini,untuk mencarut, untuk maki-maki tapi consider lah perasaan orang lain. Not semua have the same thought as you people. Nak mencarut kalau dah bengang sangat boleh, tapi dalam hati cukuplah. Jangan kau fikir marah kau je, jangan fikirkan sakit hati kau je, jangan fikir geram kau je, consider the feeling of others. Marah macam mana pun kau , jangan sewenang-wenangnya main lepas cakap. Sabar kan separuh daripada iman. Jangan jadi macam orang munafik, bila bergaduh dia melampaui batas. Ha kan, kau dah ada satu ciri orang munafik tu.

Ok, dah nampak sekarang??

Ini untuk mengingatkan antara satu sama lain. Bukan untuk kau orang je, untuk diri aku jugak. Semoga kita semua berubah kearah kebaikan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment