Followers

Friday, February 17, 2012

Beauty tips for skin.

Hari ni aku terdorong untuk post satu entri tentang kecantikan. Entah kenapa seketul jerawat yang tiba-tiba muncul kat hidung entah dari mana datang menziarahi aku pada pagi ini memberi aku inspirasi untuk post entri pada kali ini. Bangun-bangun pagi terus tengok cermin,terus nampak seketul jerawat kecil menempek dengan bahagianya kat hidung aku yang comel ni. So, hai, selamat datang Encik Jerawat =,='

Aku rasa kehadiran seketul jerawat yang comel ni maybe didorong oleh faktor kemalasan aku untuk jaga kulit muka these past few days. Dolu-dolu memang gua paling rajin tempek muka dengan masker hampir setiap malam. Tapi tak tahu kenapa kebelakangan ni ya ampunnn, malasnya!.Kemalasan yang amat untuk jaga kulit muka membelenggu sejak beberapa minggu ni dan padahnya, jerawat yang comel ni datang menyinggah seolah-olah nak bagi aku satu 'wake-up call' untuk tak malas jaga kulit muka lagi. Alahhh tolonglah pergi Encik Jerawat. Den taubat tak malas-malas lagi dahhh. Tsk tsk :/

Kat sini aku nak share petua penjagaan kulit muka yang paling simple, mudah, menggunakan bahan-bahan yang sangatlah senang korang nak cari. Bahan-bahan ni tak susah nak cari, pi selongkar peti ais jumpa lah.


1) Kentang
Cara membuatnya
Buang kulit dan kisar kentang sehingga halus. Kemudian, sapu pada kulit terutama bahagian berjerawat dua kali seminggu selama 30 minit. Tak kisah sebenarnya berapa lama. Kot nak seminggu pun boleh. Ok jangan lurus bendul sangat. Aku gurau je. Lepas tu cuci dengan air suam.
Manfaatnya:
Kentang berfungi untuk memperlahankan ageing process. Kot rasa dah banyak kedut-kedut tu,bolehlah start amalkan masker kentang ni. This works best on those yang ada masalah kulit berminyak and berjerawat.

2)Betik
Cara membuatnya:
Lenyek betik sehalus-halusnya. Kemudian campurkan dengan sedikit air mawar dan disapu pada wajah selama 30 minit.Lepas tu cuci sampai bersih dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu. Sebenarnya kalau tak ada air mawar pun takde hal. Aku malam-malam selalu buat tapi tempek betik je. Celah mana pulak kan nak cari air mawar malam-malam buta.
Manfaatnya:
Buah betik ni bagus untuk cegah kedutan dan menanggalkan sel kulit mati so kepada sesiapa yang taknak tua sebelum usia boleh lah amalkan masker betik ni. Tak susah pun. Ambil betik, lenyek, tempek. Haha! buruk bebenor bunyinya.

3)Tomato
Cara membuatnya:
Potong je tomato tu, belah dua lepas tu gosok kat muka. Isi kat dalam dia tu boleh diambil untuk buat masker selama 30 minit.
Manfaatnya:
Masker tomato ni masker kegemaran gua. Banyak function masker ni sebenarnya. Masker ni sangat, amat, terpaling, tersangat, dan terpaling sangat amatlah bagus untuk buat kulit kita merah comel-comel gitu dan menjadikan kulit kita halus mulus dan licin bak sutera macam kulit aku. Haha! K.sila muntah sekarang.

4)Pisang
Cara membuatnya:
Ambil pisang dan lenyek isinya. Tambahkan minyak zaitun atau madu kat pisang yang dah dilenyekkan tadi tu. Tempekkan kat muka korang yang comel tu selama 30 minit. Lepas tu bersihkan wajah dengan air suam.
Manfaatnya:
Pisang ni sangat baik untuk menjadikan kulit wajah lembap dan tegang bak Anita Sarawak gitu kau. Lagi satu, lepas dah bedal pisang tu, kulitnya jangan buang. Kulitnya pun boleh digunakan untuk disapu ke muka.

5)Timun
Cara membuatnya:
Kisar timun sehingga hancur. Tambahkan susu tepung dan air sampai adunan tu jadi pekat.Lepas tu macam biasa, sapu kat muka selama 30 minit.
Manfaatnya:
Timun ni bagus untuk menghaluskan kulit muka. And timun pun boleh digunakan untuk hilangkan dark circle disekeliling mata. Letak je hirisan timun kat mata sebelum tidur and amalkan setiap malam. InsyaAllah berkesan :)

Dah lah. 5 cukuplah. Penat nak menaip. HAHA. Banyak lagi sebenarnya tapi kalau aku nak tulis semua kat sini agak agak 3 minggu lagi pun tak siap post aku ni. So, korang boleh lah amalkan petua petua nenek moyang ni. Tak payah susah-susah nak pakai Olay lah, Clean and Clear lah, Fair and Lovely lah. Ahhhh khurafat semua tu!  HAHA! Ok takde kena mengena.

Sebenarnya petua tradisional macam ni lebih efektif untuk kulit kita sebab bahan-bahan yang digunakan adalah daripada sumber semulajadi yang InsyaAllah tak mendatangkan mudarat pada kulit kita. Sebenarnya pencuci muka yang kita guna sekarang ni pun tak dijamin keberkesanannya sebab kat dalam tu kadang-kadang banyak menggunakan bahan kimia yang sebenarnya mendatangkan long-term effect kat kulit kita nanti. So, sama-samalah kita mengamalkannya. Harap-harap tips kecantikan yang aku kongsi hari ni berguna untuk kita semua. Wahhh tiba-tiba aku jadi skema. HAHA!

K.Bye.


No comments:

Post a Comment