Followers

Thursday, February 9, 2012

Nervous

Hello people! HAHAHA mesti pelik tengok aku tiba-tiba muncul setelah sekian lama menyepi kan kan kan? HAHA berkurun berzaman berabad aku tak update blog ni sampai password utk blog ni pun aku lupa. Dekat sejam jugak lah aku dok pening kepala fikir apa password. Akhirnya ,dengan usaha dan tekad yang tinggi tanpa penat lelahnya aku berjaya. Muahahaha! pakcik kayo!!!

Okay done with my excitedness. Excitedness? wahh hape ke natangnya tu. Ni kalau cikgu BI aku baca ni sumpah kena tampar pakai penyapu. Biaso ler. Dah lama tinggal sekolah so dah agak kebengapan sikit. Ceh lama sangat lah nik.

Aku sebenarnya masa tengah taip ni dok fikir nak cerita apa kat korang ni. Sumpah takde idea nak tulis apa tapi demi korang reader tersayang, aku gagahkan diri,jiwa dan raga untuk menaip walaupun entry aku ni hanya sampah semata mata. Ceh, macam orang kisah pulak. Tak kan? Tahu T.T

Nak cerita pasal perkembangan terbaru aku?Okay anak-anak, gua sekarang nak buat pengumuman yang gua sekarang adalah penternak lemak full time kat rumah yang sangat berjaya. Member member aku yang lain kerja situ,kerja sini,kerja sana. Tension jugak aku. Pergi mana je semua dok tanya aku kerja mana sekarang. Meh sini mari, dengan muka selamba badaknya aku nak bagitahu yang aku masih di rumah menternak lemak dengan bahagianya. Pueh hati ?!

Hmm, aku nak cerita pasal kenervousan aku yang melanda sejak semenjak dua menjak ni sebab result STPM  dah dekat!!! STPM result was expected to be released next week ,that is on 16th of February! Tapi tak confirm lagi lah. Kuangkuangkuang. Sama ada next week or next two week tapi memang CONFIRM bulan ni lah. Hadooooooi nebesnya nebesnya nebessss!!! Aku sekarang di situasi makan tak kenyang, tidur tak lena,mandi tak basah mengenangkan the fact that tak lama lagi dengan ketar lututnya aku akan berjalan melangkah gate sekolah dan seterusnya ke dewan sekolah untuk menerima sekeping paper yang akan menentukan masa depan aku lepas ni. Huwaaa i'm so deaaaaaad! T.T

Okay, sampai disini sahaja syarahan gua untuk hari ni. Sehingga bertemu lagi lepas ni. Haha bila tu, maybe lepas dapat result. Kalau result cantik aku akan dengan bahagianya mengupdate blog ni. Kalau result mcm haram aku sekali lagi menyepi membawa diri. So,kalau lama tak nampak batang hidung aku nanti harap paham-paham lah ye. Hihi.

K. Bye.

No comments:

Post a Comment